Tag: sakit jantung, serangan jantung, lemak tepu, diabetes, paras gula tinggi, kolesterol, atherosclerosis, plak aterosklerosis.
Seorang rakan saya menjalani prosedur ‘ballooning’ empat bulan dulu. Kelmarin beliau menjalani pembedahan kerana kawasan bersebelahan stent dipenuhi plak berlemak.
“Doktor pun hairan mengapa baru empat bulan bubuh stent dan makan ubat plak berlemak dah berkumpul semula.” Ujar isteri rakan saya ketika saya menemui mereka dua minggu lalu.
Kalau doktor hairan, pesakit dan keluarganya lagilah hairan. Yelah doctor yang pandai atau pakar pun tidak boleh menelah mengapa plak berlemak begitu cepat menimbun dalam arteri rakan saya.
“Doktor kata, kes sebegini jarang-jarang berlaku.” Ujar isteri rakan saya lagi.
Lagilah menghairankan pesakit dan keluarganya. Kalau sering berlaku sudah tentu doktor mencari jalan mengurangkan peluang pembentukan semula plak berlemak.
Pada pandangan saya, doktor-doktor yang mengatakan mereka hairan dengan fenomena yang berlaku bersesuain dengan pesakit dan keluargnya yang serba-serbi kurang tahu mengenai pelbagai faktor yang terlibat dalam pembentukan plak belemak dalam arteri.
Atau, memang mereka tidak tahu?
Pesakit ialah seorang penghidap diabetes jenis ke 2 selama lebih sedekad. Doktor tidak tahu bahawa penghidap diabetes lebih mudah mengalami atherogenesis berbanding dengan mereka yang mengalami paras gula normal?
Saya anggap doktor tahu faktor tersebut sebagai salah satu kemungkinan tetapi menyembeunyikannya dari pengetahuan pesakit atas sebab-sebab yang saya sebutkan di atas.
Kepada penghidap diabetes yang tidak memerhatikan gaya hidup termasuk pola dan jenis makanan, paras glukos mereka biasanya akan berada pada paras tinggi dari normal. Paras glukos akan berada di sempadan atau memang dalam julat diabetes.
Bagaimana paras glukos tinggi mempercepatkan lagi proses atherogenesis? Berikut ialah beberapa faktor yang boleh difikirkan sebagai kemungkinan bagaimana proses tersebut berlaku.
Glukos diketahui boleh bergabung dengan protein. Ia boleh bergabung dengan kolajen yang menjadi gam kepada sel-sel endothelium arteri. Proses tersebut dikenali sebagai glycation atau glycosilation. Kolagen yang telah bertukar sifat ini menarik perhatian sistem kekebalan untuk memperbaikinya dan kemudian proses penimbunan lemak berlaku.
Paras glukos yang tinggi menyebabkan paras radikal bebas menjadi tinggi dalam tubuh. Paras radikal bebas yang tinggi menyebabkan stuktur kolagen menjadi lemah. Vitamin C diperlukan dalam proses pemuliharaan kolagen. Oleh sebab vitamin C tidak dibina oleh tubuh manusia, seseorang perlu makan makanan yang mengandungi vitamin C.
Bagaimana kalau seorang penghidap diabetes jarang makan makakan mengandungi vitamin C. Bagaimana pula kalau memang dia rajin ambil makanan mengandungi vitamin C tetapi pada masa yang sama merokok sedangkan rokok menyebabkan kekurangan vitamin C dalam tubuh? Jika seorang penghidap diabetes memang ambil vitamin C sepanjang masa, adakah vitamin C yang diambil mencukupi untuk menangani radikal bebas dari asap rokok dan bahan-bahan lain atau stress yang dialami?
Selain vitamin C, bioflavonoids juga dipercayai mampu mencegah kerosakan arteri. Adakah doktor bertanya mengenai kekerapan pesakit ambil sayur dalam seminggu? Dan berapa hidangan sayur dalam sehari? Bagaimana kalau pesakit memang kurang makan sayur-sayuran?
Yang akan saya sebutkan ini mungkin doktor tau atau mungkin tidak tahu. Adakah mereka tahu bahawa kekurangan nitric oxide boleh menyebabkan atherogenesis? Ya, mereka pernah dengar. Tetapi adakah mereka tahu stent yang ditambah dalam arteri boleh menyebabkan endothelium di hilir stent mengalami perubahan dari segi perubahan topografi kerana enapan berlemak?
Nitrik oxide dihasilkan oleh sel-sel endothelium secara optima apabila arus darah lalu secara selari dengan dinding endothelium. Jika arus darah dilencongkan kerana melalui kawasan dengan permukaan arteri bergradien (satah), maka arus darah yang lalu di kawasan bergradien tersebut tidak lagi selari. Hasilnya, pembentukan plak berlemak mudah berlaku kerana kadar pengeluaran nitric oxide mengalami gangguan.
Hasil penyelidikan sains terbaru menunjukkan kawasan endothelium bergradien di dapati membentuk rekahan bersaiz micron menyebabkan serbuk emas bersaiz mikron berjaya melepasi rekahan-rekahan tersebut. Pada pandangan saya, rekahan tersebut sendiri ialah sejenis kerosakan. Kerosakan mesti diperbaiki. Maka sistem kekebalan akan membantu menampal kawasan yang merekah dengan bahan tampalan terdiri dari beberapa jenis lemak.
Faktor-faktor yang disebutkan samada bersendirian atau bergabung pada pandangan saya lebih dari cukup membantu mempercepatkan pembentukan plak berlemak seperti yang berlaku pada jantung rakan saya.
Kalaulah doktor tidak tahu, maka belajarlah, rajin-rajinlah timba ilmu. Kalau mereka tahu tetapi akan menimbulkan masalah untuk menerangkannya menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk merahsiakannya, mungkin ia ‘keputusan bijak’.
Apa-apa pun, hanya Allah dan doktor-doktor tersebut yang lebih mengetahui mengenai perkara tersebut. Samada mereka tahu, tidak tahu, atau alas an-alasan lain yang menyebabkan mereka merasa ‘hairan’ atas fenomena tersebut, yang jelas kelmarin ialah kali kedua hospital yang merawat dan membedah rakan saya menerima habuan besar. Habuan apa? Bayaran berpuluh ribu ringgit dari majikan rakan saya.
Adakah terdapat jalan untuk mengurangkan risiko pembentukan plak berlemak? Ya. Adakah setelah mengurangkan risiko berkaya mengurangkan perbelanjaan majikan dan mengurangkan kos berpunca dari ketidakcekapan pekerja kerana mengalami penyakit?
Cadangan saya? Rajin-rajinlah buka minda untuk mempelajari pelbagai perspektif berhubung sesuati jenis penyakit samada dari sudut faktor-faktor pembentukan, kaedah pencegahan selain kaedah merawat tanpa menelan belanja puluhan ribu.
Untuk mengetahui punca, langkah pencegahan serta kaedah rawatan penyakit jantung koronari menggunakan perpesktif holistik, sila dapatkan buku saya berjudul SERANGAN JANTUNG hari ini.
Bacalah buku SERANGAN JANTUNG - Punca, Pencegahan & Kaedah Meredakannya (dari perspektif Nutrisi Holistik).Ia berupaya menyergah paradigme anda. Hari ini serangan jantung berlaku pada individu pelbagai peringkat umur. Serangan jantung biasanya dikatakan berpunca dari enapan kolesterol dalam arteri sebagai punca utama. Benarkah makanan berkolesterol punca enapan plak berlemak dalam arteri jantung? Buku Serangan Jantung - Punca, Pencegahan dan kaedah meredakannya (merawat) ditulis dari perspektif kesihatan/nutrisi holistik.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA