Moga anda dapat luangkan sedikit masa untuk baca coretan saya ini. Setakat ini hanya saya satu-satunya pengamal penjagaan kesihatan holistik Malaysia yang menulis mengenai teori-teori yang menyebabkan pembentukan plak berlemak dalam arteri jantung. Teori-teori yang saya himpun jauh lebih banyak dari teori-teori yang disampaikan atau ditulis oleh pakar-pakar bidang perubatan (di Malaysia, jika ada) mengenai pembentukan plak tersebut. Selain itu kebanyakan teori yang dibincangkan agak berbeza dengan yang biasa anda dengar .
Kebanyakan teori yang saya himpun memang jarang anda dengar. Anda akan dapati dalam buku saya SERANGAN JANTUNG nanti bahawa ‘hakikat’ tepu-kolesterol- serangan jantung hanyalah sebuah teori. Setiap teori bukanlah sesuatu yang paling benar dan sebenarnya ia sentiasa boleh diuji.
Di saat-saat akhir proses suntingan, dua buah bab terjemahan penuh tulisan Dr.Ravnskov dikeluarkan dari manuskrip saya iaitu untuk buku SERANGAN JANTUNG. Bab-bab tersebut masing-masing ialah Kolesterol anda tidak Memberitahu banyak Perkara mengenai Kesihatan Masa Hadapan Anda dan Kolesterol Darah tiada Kena-mengena dengan Atherosclerosis. Penyunting berpendapat kedua-dua bab itu sukar difahami oleh pembaca golongan awam yang terdiri dari makcik dan pakcik dari kawasan luarbandar dan mereka yang berpendidikan sederhana,
Pada pandangan saya terjemahan yang saya lakukan dengan kebenaran Dr.Ravnskov bertujuan mengukuhkan bukti-bukti bahawa paras kolesterol dan LDL tinggi bukanlah PENYEBAB ASAL pembentukan atherosclerosis (pembentukan enapan plak berlemak dalam arteri jantung). Beliau menunjukkan bukti bagaimana hasil-hasil penyelidikan ditafsir dan sesetengahnya tidak boleh menjadi sandaran langsung. Sesetengah ‘bukti’ sebenarnya merujuk kepada penyelikan-penyelid ikan yang tiada kait mengait kolesterol atau dengan LDL-kolesterol.
Anda akan mengetahui dengan membaca tulisan beliau iaitu The Cholesterol Myths.
Dr.Ravsnkov ialah antara doktor (dan saintis) yang sentiasa menulis mengenai dakyah yang direka oleh pihak-pihak tertentu. Untuk pengetahuan semua beliau tidak bersendirian dalam menegur cara kelompok pengeluar ubat-ubatan moden khususnya yang mempunyai kait mengait dengan pengawalan kolesterol dan ubat-ubatan lain seperti pengawalan tekanan darah.
Sila ketik pautan (nombor-nombor berwarna biru) berikut:
1 Cholesterol is not a deadly poison, but a substance vital to the cells of all mammals. There are no such things as good or bad cholesterol……………….
2 A high blood cholesterol is said to promote atherosclerosis and thus also coronary heart disease. But many studies have shown that ……………..
3 Your body produces three to four times more cholesterol than you eat. The production of cholesterol increases when you eat little cholesterol and…………….
4 There is no evidence that too much animal fat and cholesterol in the diet promotes atherosclerosis or heart attacks. For instance, more than twenty studies have shown that…………
Sila ketik pautan berikut untuk mengetahui siapa beliau serta kegiatan beliau dalam menyampaikan ilmu mengenai teori dan pandangan beliau terhadap hitotesis kolesterol-jantung.
http://www.ravnskov .nu/cholesterol. html
Buku SERANGAN JANTUNG saya dijangkakan akan mula dipasarkan oleh ALAF 21 pada bulan Januari 2008. Saya cadangkan setiap keluarga memiliki senaskah. Silalah dapatkan dari kedai-kedai buku terkemuka dan baca untuk mengetahui mazhab atau aliran fikiran saya mengenai teori atau hipotesis kolesterol-jantung serta teori lemak tepu-kolesterol.
Herbalis Bahrain , RH (AHG)
www.jantungstrok. blogspot. com