Sebarkan berita kewujudan buku SERANGAN JANTUNG ini
Sila baca topik 'Kandungan buku SERANGAN JANTUNG' dalam blog ini untuk mendapatkan gambaran mengenai tema dan isi buku SERANGAN JANTUNG karangan saya. Setelah membaca buku ini anda akan dapati ia merupakan buku lain dari yang lain terutama dari segi teori-teori pembentukan plak berlemak dalam arteri jantung. Harap anda dapat sebarkan berita mengenai kerujudan buku ini kepada saudara-mara dan kenalan. Moga ia jadi amal jariah untuk tuan/puan dan saya. Herbalis Bahrain, RH (AHG)
Copy dan paste link ini dalam emel/blog/laman web anda:
http://jantungstrok.blogspot.com/
BUKU - SERANGAN JANTUNG - Punca, Pencegahan & Kaedah Merawat (dari Perspektif Nutrisi Holistik)
Sebuah buku yang berupaya menyergah paradigme. Hari ini serangan jantung berlaku pada individu pelbagai peringkat umur. Serangan jantung biasanya dikatakan berpunca dari enapan kolesterol dalam arteri sebagai punca utama. Benarkah makanan berkolesterol punca enapan plak berlemak dalam arteri jantung? Buku Serangan Jantung - Punca, Pencegahan dan kaedah meredakannya (merawat) ditulis dari perspektif kesihatan/nutrisi holistik. Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran (di KL) seperti Kedai Buku Mukmin di Jalan TAR atau di MPH Mid Valley, 211 muka surat, terbitan ALAF21 (2008), RM10.00 senaskah
SEMBANG-SEMBANG HERBA - weblog utama herbalis Bahrain, RH (AHG)
Tag: makanan berkolesterol, kolesterol, makanan berlemak, angina, sakit jantung, serangan jantung
Anda bacalah buku mana pun, media mana pun, jurnalis mana pun, termasuk pakar-pakar kesihatan. Kebanyakan mereka akan menyatakan perkara yang sama. Mengamalkan makanan berlemak atau berkolesterol menyebabkan arteri jantung tersumbat.
Cubalah anda tanya mereka termasuk doktor dan pakar diet hospital. Kalau makanan berlemak atau berkolesterol menyebabkan arteri jantung tersumbat, sudah tentu arteri bahagian-bahagian lain tubuh secara keseluruhan juga mengalami proses penebalan terdiri dari plak lemak. Tetapi mengapa penumpukan plak berlemak pada kuantiti tinggi secara relatif hanya berlaku pada arteri jantung?
Lemak dan kolesterol didapati menumpuk pada dinding arteri seluruh tubuh kepada mereka yang mengalami paras gula tinggi berpanjangan dan penghidap diabetes. Hanya 20% mereka yang mengalami penyakit arteri koronari seperti dinyatakan oleh pakar bedah kardiovaskular mengalami diabetes.
Keadaan yang sama juga kemungkinan dialami oleh mereka yang mengalami stres secara berpanjangan (Stres dan paras gula tinggi secara berpanjangan menjalani mekanisme yang serupa terhadap pembentukan beberapa jenis penyakit degeneratif termasuk sakit jantung berpunca dari arteri jantung tersumbat).
Terdapat beberapa faktor lain yang dipercayai bertindan dalam pembentukan penebalan lemak dalam arteri jantung seperti saya bincangkan dalam buku saya SERANGAN JANTUNG.
Pada pandangan saya, mereka yang mengalami penebalan lemak pada keseluruhan arteri berpunca dari faktor-faktor yang saya sebutkan pada perenggan di atas.
Untuk mengetahui pelbagai kemungkinan punca penumpukan lemak dan kolesterol pada arteri jantung sila dapatkan buku SERANGAN JANTUNG saya hari ini. Bacalah dengan hati yang terbuka.
Adakah kebanyakan doktor dan pakar dietetik/nutirisi berbohong, kurang meneliti dan tangkap muat atau mengamalkan sikap tiru kenyataan orang lain seperti burung kakak tua? Orang cakap dia tiru, angguk-angguk, geleng-geleng tetapi tidak tahu apa yang disebutnya.
Saya mengajak anda berfikir dan menjadi orang yang berilmu dengan memandang sesuatu isu dari perspektif yang berbeza. Orang yang berilmu tidak mudah dijadikan seperti ‘lembu dicucuk hidung’.
Bacalah buku SERANGAN JANTUNG - Punca, Pencegahan & Kaedah Meredakannya (dari perspektif Nutrisi Holistik).
Buku SERANGAN JANTUNG berupaya menyergah paradigme anda. Hari ini serangan jantung berlaku pada individu pelbagai peringkat umur. Serangan jantung biasanya dikatakan berpunca dari enapan kolesterol dalam arteri sebagai punca utama. Benarkah makanan berkolesterol punca enapan plak berlemak dalam arteri jantung? Buku Serangan Jantung - Punca, Pencegahan dan kaedah meredakannya (merawat) ditulis dari perspektif kesihatan/nutrisi holistik.
tags: heart attack, angina, kolesterol tinggi, kawal kolesterol, mengawal kolesterol, sakit jantung, lemah jantung, angina, cuka epal, minyak sawit, vitamin C, minyak zaitun
Dalam buku saya SERANGAN JANTUNG saya bincang mengenai mekanisme-mekanisme pembentukan plak berlemak dalam arteri jantung. Selain itu saya juga bincang mengenai jenis-jenis lemak yang baik.
Kolesterol diperlukan oleh tubuh untuk pelbagai fungsi antara lain merawat membran-membran sel yang rosak, sebagai antioksidan serta sebahagian dari komponen penampal arteri-arteri yang tercedera atau rosak.
Jika anda mengalami angina (tanda-tanda awal serangan jantung) berpunca dari arteri koronari tersumbat oleh plak berlemak atau profil lipid tidak seimbang, anda boleh merawatnya sendiri di rumah menggunakan kaedah dan bahan-bahan yang mudah didapati.
Cuka epal (epal cider vinegar), minyak zaitun/sawit, vitamin C adalah bahan-bahan utama yang dipercayai berupaya membantu merawat keadaan-keadaan tersebut.
Ramai orang yang telah mencuba mengambilnya mendapati profil lipid (jumlah kolesterol, HDL & LDL dan trigliserida) mereka dapat dikawal dengan baik. Kepada mereka yang mengalami angina, mereka tidak lagi mengalami sakit dada, tekanan darah mereka menurun dalam masa beberapa minggu.
Untuk mengetahui maklumat berguna mengenai jenis-jenis lemak yang baik, pelbagai jenis mekanisme pembentukan plak berlemak dalam arteri, cara termasuk dos untuk menggunakan bahan-bahan tersebut sila dapatkan buku saya SERANGAN JANTUNG hari ini.
Untuk mengurangkan plak berlemak dalam arteri jantung atau mana-mana arteri dalam tubuh sila baca bab SUPLEMEN dan HERBA halaman 168. Dos Cuka epal (epal cider vinegar), minyak zaitun/sawit, vitamin C serta beberapa jenis suplemen lain dibincangkan dalam sub-bab Mengurangkan Plak Atherosclerosis dalam bab yang sama.
Setakat yang saya ketahui saya ialah pengamal alternatif pakar pertama yang menyarankan cara mudah dan efektif dalam menangani angina yang berpunca dari plak berlemak dalam arteri koronari. Perbincangan dan tips dalam buku SERANGAN JANTUNG ini juga dipercayai berguna untuk mencegah strok.
Tag: sakit jantung, serangan jantung, lemak tepu, diabetes, paras gula tinggi, kolesterol, atherosclerosis, plak aterosklerosis.
Seorang rakan saya menjalani prosedur ‘ballooning’ empat bulan dulu. Kelmarin beliau menjalani pembedahan kerana kawasan bersebelahan stent dipenuhi plak berlemak.
“Doktor pun hairan mengapa baru empat bulan bubuh stent dan makan ubat plak berlemak dah berkumpul semula.” Ujar isteri rakan saya ketika saya menemui mereka dua minggu lalu.
Kalau doktor hairan, pesakit dan keluarganya lagilah hairan. Yelah doctor yang pandai atau pakar pun tidak boleh menelah mengapa plak berlemak begitu cepat menimbun dalam arteri rakan saya.
“Doktor kata, kes sebegini jarang-jarang berlaku.” Ujar isteri rakan saya lagi.
Lagilah menghairankan pesakit dan keluarganya. Kalau sering berlaku sudah tentu doktor mencari jalan mengurangkan peluang pembentukan semula plak berlemak.
Pada pandangan saya, doktor-doktor yang mengatakan mereka hairan dengan fenomena yang berlaku bersesuain dengan pesakit dan keluargnya yang serba-serbi kurang tahu mengenai pelbagai faktor yang terlibat dalam pembentukan plak belemak dalam arteri.
Atau, memang mereka tidak tahu?
Pesakit ialah seorang penghidap diabetes jenis ke 2 selama lebih sedekad. Doktor tidak tahu bahawa penghidap diabetes lebih mudah mengalami atherogenesis berbanding dengan mereka yang mengalami paras gula normal?
Saya anggap doktor tahu faktor tersebut sebagai salah satu kemungkinan tetapi menyembeunyikannya dari pengetahuan pesakit atas sebab-sebab yang saya sebutkan di atas.
Kepada penghidap diabetes yang tidak memerhatikan gaya hidup termasuk pola dan jenis makanan, paras glukos mereka biasanya akan berada pada paras tinggi dari normal. Paras glukos akan berada di sempadan atau memang dalam julat diabetes.
Bagaimana paras glukos tinggi mempercepatkan lagi proses atherogenesis? Berikut ialah beberapa faktor yang boleh difikirkan sebagai kemungkinan bagaimana proses tersebut berlaku.
Glukos diketahui boleh bergabung dengan protein. Ia boleh bergabung dengan kolajen yang menjadi gam kepada sel-sel endothelium arteri. Proses tersebut dikenali sebagai glycation atau glycosilation. Kolagen yang telah bertukar sifat ini menarik perhatian sistem kekebalan untuk memperbaikinya dan kemudian proses penimbunan lemak berlaku.
Paras glukos yang tinggi menyebabkan paras radikal bebas menjadi tinggi dalam tubuh. Paras radikal bebas yang tinggi menyebabkan stuktur kolagen menjadi lemah. Vitamin C diperlukan dalam proses pemuliharaan kolagen. Oleh sebab vitamin C tidak dibina oleh tubuh manusia, seseorang perlu makan makanan yang mengandungi vitamin C.
Bagaimana kalau seorang penghidap diabetes jarang makan makakan mengandungi vitamin C. Bagaimana pula kalau memang dia rajin ambil makanan mengandungi vitamin C tetapi pada masa yang sama merokok sedangkan rokok menyebabkan kekurangan vitamin C dalam tubuh? Jika seorang penghidap diabetes memang ambil vitamin C sepanjang masa, adakah vitamin C yang diambil mencukupi untuk menangani radikal bebas dari asap rokok dan bahan-bahan lain atau stress yang dialami?
Selain vitamin C, bioflavonoids juga dipercayai mampu mencegah kerosakan arteri. Adakah doktor bertanya mengenai kekerapan pesakit ambil sayur dalam seminggu? Dan berapa hidangan sayur dalam sehari? Bagaimana kalau pesakit memang kurang makan sayur-sayuran?
Yang akan saya sebutkan ini mungkin doktor tau atau mungkin tidak tahu. Adakah mereka tahu bahawa kekurangan nitric oxide boleh menyebabkan atherogenesis? Ya, mereka pernah dengar. Tetapi adakah mereka tahu stent yang ditambah dalam arteri boleh menyebabkan endothelium di hilir stent mengalami perubahan dari segi perubahan topografi kerana enapan berlemak?
Nitrik oxide dihasilkan oleh sel-sel endothelium secara optima apabila arus darah lalu secara selari dengan dinding endothelium. Jika arus darah dilencongkan kerana melalui kawasan dengan permukaan arteri bergradien (satah), maka arus darah yang lalu di kawasan bergradien tersebut tidak lagi selari. Hasilnya, pembentukan plak berlemak mudah berlaku kerana kadar pengeluaran nitric oxide mengalami gangguan.
Hasil penyelidikan sains terbaru menunjukkan kawasan endothelium bergradien di dapati membentuk rekahan bersaiz micron menyebabkan serbuk emas bersaiz mikron berjaya melepasi rekahan-rekahan tersebut. Pada pandangan saya, rekahan tersebut sendiri ialah sejenis kerosakan. Kerosakan mesti diperbaiki. Maka sistem kekebalan akan membantu menampal kawasan yang merekah dengan bahan tampalan terdiri dari beberapa jenis lemak.
Faktor-faktor yang disebutkan samada bersendirian atau bergabung pada pandangan saya lebih dari cukup membantu mempercepatkan pembentukan plak berlemak seperti yang berlaku pada jantung rakan saya.
Kalaulah doktor tidak tahu, maka belajarlah, rajin-rajinlah timba ilmu. Kalau mereka tahu tetapi akan menimbulkan masalah untuk menerangkannya menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk merahsiakannya, mungkin ia ‘keputusan bijak’.
Apa-apa pun, hanya Allah dan doktor-doktor tersebut yang lebih mengetahui mengenai perkara tersebut. Samada mereka tahu, tidak tahu, atau alas an-alasan lain yang menyebabkan mereka merasa ‘hairan’ atas fenomena tersebut, yang jelas kelmarin ialah kali kedua hospital yang merawat dan membedah rakan saya menerima habuan besar. Habuan apa? Bayaran berpuluh ribu ringgit dari majikan rakan saya.
Adakah terdapat jalan untuk mengurangkan risiko pembentukan plak berlemak? Ya. Adakah setelah mengurangkan risiko berkaya mengurangkan perbelanjaan majikan dan mengurangkan kos berpunca dari ketidakcekapan pekerja kerana mengalami penyakit?
Cadangan saya? Rajin-rajinlah buka minda untuk mempelajari pelbagai perspektif berhubung sesuati jenis penyakit samada dari sudut faktor-faktor pembentukan, kaedah pencegahan selain kaedah merawat tanpa menelan belanja puluhan ribu.
Untuk mengetahui punca, langkah pencegahan serta kaedah rawatan penyakit jantung koronari menggunakan perpesktif holistik, sila dapatkan buku saya berjudul SERANGAN JANTUNG hari ini.
Bacalah buku SERANGAN JANTUNG - Punca, Pencegahan & Kaedah Meredakannya (dari perspektif Nutrisi Holistik).Ia berupaya menyergah paradigme anda. Hari ini serangan jantung berlaku pada individu pelbagai peringkat umur. Serangan jantung biasanya dikatakan berpunca dari enapan kolesterol dalam arteri sebagai punca utama. Benarkah makanan berkolesterol punca enapan plak berlemak dalam arteri jantung? Buku Serangan Jantung - Punca, Pencegahan dan kaedah meredakannya (merawat) ditulis dari perspektif kesihatan/nutrisi holistik.
Moga anda dapat luangkan sedikit masa untuk baca coretan saya ini. Setakat ini hanya saya satu-satunya pengamal penjagaan kesihatan holistik Malaysia yang menulis mengenai teori-teori yang menyebabkan pembentukan plak berlemak dalam arteri jantung. Teori-teori yang saya himpun jauh lebih banyak dari teori-teori yang disampaikan atau ditulis oleh pakar-pakar bidang perubatan (di Malaysia, jika ada) mengenai pembentukan plak tersebut. Selain itu kebanyakan teori yang dibincangkan agak berbeza dengan yang biasa anda dengar .
Kebanyakan teori yang saya himpun memang jarang anda dengar. Anda akan dapati dalam buku saya SERANGAN JANTUNG nanti bahawa ‘hakikat’ tepu-kolesterol- serangan jantung hanyalah sebuah teori. Setiap teori bukanlah sesuatu yang paling benar dan sebenarnya ia sentiasa boleh diuji.
Di saat-saat akhir proses suntingan, dua buah bab terjemahan penuh tulisan Dr.Ravnskov dikeluarkan dari manuskrip saya iaitu untuk buku SERANGAN JANTUNG. Bab-bab tersebut masing-masing ialah Kolesterol anda tidak Memberitahu banyak Perkara mengenai Kesihatan Masa Hadapan Andadan Kolesterol Darah tiada Kena-mengena dengan Atherosclerosis. Penyunting berpendapat kedua-dua bab itu sukar difahami oleh pembaca golongan awam yang terdiri dari makcik dan pakcik dari kawasan luarbandar dan mereka yang berpendidikan sederhana,
Pada pandangan saya terjemahan yang saya lakukan dengan kebenaran Dr.Ravnskov bertujuan mengukuhkan bukti-bukti bahawa paras kolesterol dan LDL tinggi bukanlah PENYEBAB ASAL pembentukan atherosclerosis (pembentukan enapan plak berlemak dalam arteri jantung). Beliau menunjukkan bukti bagaimana hasil-hasil penyelidikan ditafsir dan sesetengahnya tidak boleh menjadi sandaran langsung. Sesetengah ‘bukti’ sebenarnya merujuk kepada penyelikan-penyelid ikan yang tiada kait mengait kolesterol atau dengan LDL-kolesterol.
Dr.Ravsnkov ialah antara doktor (dan saintis) yang sentiasa menulis mengenai dakyah yang direka oleh pihak-pihak tertentu. Untuk pengetahuan semua beliau tidak bersendirian dalam menegur cara kelompok pengeluar ubat-ubatan moden khususnya yang mempunyai kait mengait dengan pengawalan kolesterol dan ubat-ubatan lain seperti pengawalan tekanan darah.
Sila ketik pautan (nombor-nombor berwarna biru) berikut:
1Cholesterol is not a deadly poison, but a substance vital to the cells of all mammals. There are no such things as good or bad cholesterol……………….
2A high blood cholesterol is said to promote atherosclerosis and thus also coronary heart disease. But many studies have shown that……………..
3Your body produces three to four times more cholesterol than you eat. The production of cholesterol increases when you eat little cholesterol and…………….
4There is no evidence that too much animal fat and cholesterol in the diet promotes atherosclerosis or heart attacks. For instance, more than twenty studies have shown that…………
Sila ketik pautan berikut untuk mengetahui siapa beliau serta kegiatan beliau dalam menyampaikan ilmu mengenai teori dan pandangan beliau terhadap hitotesis kolesterol-jantung.
Buku SERANGAN JANTUNG saya dijangkakan akan mula dipasarkan oleh ALAF 21 pada bulan Januari 2008. Saya cadangkan setiap keluarga memiliki senaskah. Silalah dapatkan dari kedai-kedai buku terkemuka dan baca untuk mengetahui mazhab atau aliran fikiran saya mengenai teori atau hipotesis kolesterol-jantung serta teori lemak tepu-kolesterol.
Berikut ialah kandungan atau senarai bab dan sub-bab terkandung dalam buku terbaru saya yang diterbitkan pada awal 2009, terbitan ALAF 21. Buku tersebut berjudul SERANGAN JANTUNG - Punca, Langkah Pencegahan & Kaedah Perawatan.
Ia adalah satu-satunya buku di Malaysia mengenai punca-punca, langkah-langkah pencegahan serangan jantung dan strok serta kaedah merawat/meredakannya dari perspektif nutrisi holistik.
Memang sesetengah aspek bertindan dengan perspektif perubatan moden tetapi terdapat pelbagai aspek yang berseberangan dengannya seperti yang anda akan dapati apabila anda membacanya nanti.
Antara lain perubatan moden mengajar supaya makanan-makanan berkolesterol sebagai musuh dan perlu dikurangkan pada kuantiti minimum. HDL ialah kolesterol baik dan LDL ialah kolesterol jahat. Kedua-duanya termasuk paras jumlah kolesterol (total cholesterol) mesti dikawal pada paras di bawah 5.2 mmol/L.
Buku ini menunjukkan bukti-bukjti bahawa paras yang normal dan rendah ini membawa pelbagai kemudaratan terutama kepada golongan pertengahan umur dan usia lanjut.
Selain membincangkan pelbagai punca serangan jantung dan strok ia juga mencadangkan gaya hidup holistik serta kaedah bagaimana penggunaan herba, suplemen, pemakanan tambahan membantu meredakan serangan jantung dan strok. Dalam kes-kes kajian saya kebanyakan individu yang menjalani hidup secara holistik yang dicadangkan serta mengambil herba, suplemen dan pemakanan tambahan yang dicadangkan didapati bebas dari angina (serangan awal jantung, mengurangkan kemungkinan untuk mengalami serangan jantung serta strok.
Setengah keadaan strok ischemic (pengaliran darah ke otak terhalang) boleh pulih dengan lebih cepat dengan menjalani gaya hidup holistik dan pengambilan herba, suplemen dan pemakanan tambahan yang disyorkan. Cadangannya saya gariskan pada hujung buku tersebut.
Buku ini tidak bermaksud untuk mengajak anda membelakangkan kaedah perawatan perubatan moden tetapi untuk memberi penjelasan bahawa jika anda ada hati dan kemahuan untuk bertanggungjawab terhadap tahap dan keadaan kesihatan diri sendiri, anda boleh cuba berusaha sendiri dengan menggunakan gabungan modaliti penjagaan kesihatan holistik.
Antara lain yang menarik ialah buku tersebut mengandungi terjemahan (dengan izin penulis asal) dua bab hasil tulisan Dr. Uffe Ravnskov, seorang doktor dan saintis Sweden. Beliau adalah salah seorang saintis alternatif yang menyangkal 'hipotesis/teori kolesterol-serangan jantung'.
Dua bab tersebut masing-masing:
1. Kolesterol anda tidak Memberitahu banyak Perkara mengenai Kesihatan Masa Hadapan Anda 2. Kolesterol Darah tiada Kena-mengena dengan Atherosclerosis
Berikut ialah isi kandungan buku SERANGAN JANTUNG & STROK. Ia adalah imbasan kepada isi-isi penting yang terkandung dalam buku yang segera diterbitkan ini.
KANDUNGAN
Prakata
1. Pengenalan Strok adalah Pembunuh Serangan Jantung Strok melibatkan Otak Perhatian terhadap Paras Kolesterol dan Makanan Berkolesterol Penanda Biologi Sebagai Peramal Kimia Pelbagai Lemak dan Pembentukan Kolesterol Perspektif dan Hipotesis yang Berbeza Sumbangan Dr.Uffe Ravnskov Pandangan secara Holistik terhadap punca Penyakit Kolesterol Rendah punca Malapetaka Hipotesis dan Teori sentiasa boleh diuji
3. Lemak Tepu dan Kolesterol Penyebab Penyakit Jantung? Mencari-cari Punca Menakutkan Orang Awam dengan Kolesterol Mengelirukan Pengguna
4. Hipotesis Lipid Sejarah Kelahiran Hipotesis Hipotesis dengan Pelbagai Gelaran Justifikasi Pemakanan Rendah Lemak
4. Kelemahan Hipotesis Lemak Tepu dan Kolesterol Bagaimana Lemak Tepu menjadi Tertuduh Kajian Jantung Framingham Kajian Tecumseh MR. FIT Kajian WHO Pencegahan Koronari Eropah (European Prevention Coronary Study) Projek Karelia Utara Analisa Dr.Malcom Kendrick terhadap 14 buah negara Eropah Intervensi Kesihatan Wanita Amerika Syarikat (2006) Pengalaman Negara-negara lain Kajian-kajian Melibatkan Paras Kolesterol dan Lemak Tepu Kolesterol dan Lemak Tepu dalam Susu Ibu
5. Kolesterol anda tidak Memberitahu banyak Perkara mengenai Kesihatan Masa Hadapan Anda (Bab ini digugurkan oleh penyunting) Kolesterol Jenis, Sifat, dan Tugas Lipoprotein Kolesterol ‘Jahat’ dan ‘Baik’ Apa sebenarnya yang Baik dan Jahat? Obesiti Merokok Senaman Tekanan Darah Tinggi Penganalisaan Univariate dan Multivariate Yang ‘Baik’ Yang ‘Buruk’ Kesimpulan
6. Kolesterol Darah tiada Kena-mengena dengan Atherosclerosis (Bab ini digugurkan oleh penyunting) Kajian Lapuk tetapi berguna Kajian Framingham Lagi Kajian menghabiskan Wang Rakyat Fakta yang mengejutkan
7. Kolesterol tinggi panjangkan umur Kebaikan kolesterol tinggi Kolesterol rendah dan Infeksi Paras kolesterol dan HIV Hypercholesterolemia dan Candida albicans Sindrom Smith-Lemli-Opitz Kanser Terminal
8. Penyebab Penyakit Jantung Penyakit Jantung Dahulu dan Sekarang Penyakit yang Memendekkan Usia Punca-punca Pembentukan Plak Agen-agen Mengurangkan Faktor Risiko Ketidakseimbangan paksi-HPA Perubahan Sosial Mendadak Makan ketika Stress
9. Punca-punca Atherogenesis Faktor-faktor penyebab atherogenesis Teori-teori menerangkan punca-punca penyakit jantung Makanan dan atherogenesis Bahan-bahan berasid dan mikrob Mengurangkan risiko dan meredakan atherosclerosis
10. Atherogenesis - Keradangan Keradangan Sistemik Tindakbalas Makanan C-Reactive Protein Sakit dan Bengkak Gusi Leptin Langkah-langkah Pencegahan
11 Atherogenesis – Homocysteine Homocysteine dan proses Methylation Peranan Magnesium Faktor-faktor peningkatan paras Homocysteine Homocycteine dan atherosclerosis Keradangan dan Pembekuan Darah Penyakit Jantung dan Strok Skala Homocysteine
12. Atherogenesis – Fibrinogen Sifat dan Fungsi Bagaimana Fibrinogen boleh membunuh Kajian Mengelak dan Meredakan Risiko Penggunaan Herba dan Suplemen Vitamin C dan Penguraian Fibrinogen
13. Atherogenesis – Vitamin C dan L-Lysine Teori Kesatuan Dr.Linus Pauling dan Punca Penyakit Jantung Vitamin C dan Penyakit Seriawan Kolesterol yang Bersalah? Tempat Enapan Lemak dan Kolesterol Pembentukan Plak dan Pembaikpulihan Keretakan Arteri Lipoprotein A atau Lp (a) Peranan Vitamin C, L-Lysine dan L-Proline Fakta-fakta menarik mengenai Lp (a) Atherosclerosis ialah Simtom Seriawan Dos Vitamin C untuk Manusia
14. Atherogenesis – Infeksi Kegagalan jantung Endotoksin dan cytokines Bakteria Chlamydia pneumoniea (“Cp”) Bakteria-bakteria lain Sistem Kekebalan Lemah Herba Immunostimulant
15. Atherogenesis - Stres Pengenalan Hormon Stress Peningkatan Perembisan Hormon Cortisol Gula, kopi, teh , rokok Peningkatan Radikal Bebas Peningkatan gula dan obesiti Sindrom Metabolik Kekurangan Air Magnesium
16. Thailand – Kaitan Makanan dan Penyakit Cardiovascular Negara Yang Indah Dari Sudut Kajian Kenangan di Au Nang Makanan Thai Nilai Terapeutik Resepi Memecahkan Lemak
17. Makanan bukan Sekadar Memiliki Nilai Nutrien Vegan lebih Sihat? Kajian Ketika menangani penyakit Yin Yang Pemakanan menurut metabolisma
18. Jenis-jenis Lemak
Pengenalan Tiga jenis Lemak Lemak tepu Lemak mono tak tepu (Monounsaturated fat) Lemak poli tak tepu (Polyunsaturated fat) Minyak-minyak Omega Lemak tak tepu – Tidak stabil Lemak tepu – Stabil Omega-6 dan pro-keradangan
19. Lemak Trans
Struktur Kimia Pembentukan Lemak Trans Proses Hidrogenasi Penerimaan Tubuh terhadap Lemak Trans Kerosakan Membran Sel Lemak Trans Tidak Baik untuk Jantung Lemak Trans Tidak Baik Untuk Neuron Otak Lemak Trans lagi Perbandingan antara lemak-lemak tepu dan trans Lemak Trans tidak dilaporkan Secara Jujur Lemak Trans dan Atherogenesis
20 . Pengaruh Pengambilan lemak terhadap Paras Kolesterol Penerangan Dr. Mary Enig Minyak Kelapa Lemak Tepu dan Plak Atherosclerosis Serangan Jantung – Perlukah anda Mengelakkan Makan lemakHaiwan?
21. Pembinaan Kolesterol Lemak Tepu sinonim dengan Kolesterol Acetyl-Coa dan Pembinaan Kolesterol Lemak Tepu Meningkatkan Kolesterol adalah Dongeng Peranan-peranan Kolesterol
22. Untuk Renungan Bersama Kisah-kisah Benar 2 biji Telur Sehari Lemak Terapung Mengalami Serangan Jantung walaupun Kolesterol Normal Makan Cili Pendekatan Berbeza
23. Merendahkan Paras Kolesterol – Perkara-perkara yang Tidak diberitahu Hypercholesterolemia Bagaimana Statin Berfungsi Kesan-kesan Sampingan Penggunaan Statin Sakit dan Lemah otot Neuropathy Kegagalan Jantung Pitam Kerosakan Kognitif Kanser Pereputan Pankreas Kemurungan dan Keresahan Paras kolesterol Rendah Manafaat menggunakan Statin
24. Suplemen dan Herba Meredakan dan Pemuliharaan Herba-herba menurut Kesesuaian Bimbingan Ringkas Pengamilan Herba dan Suplemen Contoh Kajian Kes Mengurangkan Plak Atherosclerosis
25. Kaedah mengurangkan faktor Risiko Serangan Jantung dan Strok
26. Penutup
GLOSARI
APENDIKS 1 – Sekelumit Pandangan Penulis
APENDIKS 2 - Vitamin A, C, E serta Selenium dan Beta Karotin memendekkan Umur?
Perhatian: Serangan Jantung dan Strok ialah dua jenis keadaan kesihatan yang berbahaya. Jika anda mengalaminya dapatkan perhatian doktor dengan kadar segera.
PENAFIAN: Buku SERANGAN JANTUNG & STROK mengandungi isi yang bertujuan mendidik seseorang mengenai punca-punca, langkah-langkah pencegahan serta kaedah perawatan dari persppektif nutrisi holistik. Penulis, dengan kelayakan dan status profesionalisme telah berusaha sedaya upaya memberikan maklumat terbaik dari sudut kaedah penjagaan kesihatan holistik. Walau bagaimana pun ia tidak bermaksud untuk menggantikan nasihat dan cadangan doktor anda. Sila dapatkan perhatian doktor anda jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan.
Buku-buku lain tulisan Herbalis Bahrain, RH (AHG) yang berada di pasaran:
Bacalah buku SERANGAN JANTUNG - Punca, Pencegahan & Kaedah Meredakannya (dari perspektif Nutrisi Holistik).Ia berupaya menyergah paradigme anda. Hari ini serangan jantung berlaku pada individu pelbagai peringkat umur. Serangan jantung biasanya dikatakan berpunca dari enapan kolesterol dalam arteri sebagai punca utama. Benarkah makanan berkolesterol punca enapan plak berlemak dalam arteri jantung? Buku Serangan Jantung - Punca, Pencegahan dan kaedah meredakannya (merawat) ditulis dari perspektif kesihatan/nutrisi holistik.
SERANGAN JANTUNG - Punca, Pencegahan & Kaedah Meredakannya
terbitan ALAF 21
Akan berada di pasaran insyaAllah pada Disember 2008 atau awal tahun 2009.
Antara isi:
Pelbagai teori dan punca pembentukan plak arterosklerotik dalam arteri koronari dan arteri karotid
Perbincangan mengenai jenis-jenis lemak dan fungsi dalam tubuh. Meluruskan salah faham mengenai fungsi lemak tepu, kolesterol dan lemak-lemak lain. Kolesterol terbentuk dari lemak, karbohidrat dan protin
Kaedah mengurangkan kemungkinan pembentukan dan meredakan plak arterosklerotik untuk yang mengalami strok dan serangan jantung
Penggunaan pemakanan tambahan, herba dan gaya hidup
pelbagai info berguna termasuk berkaitan lemak, jenis-jenis lemak termasuk kolesterol dalam pembentukan plak arterosklerotik yang jarang-jarang anda dengar dari doktor dan pakar pemakanan, media dan buku. Info disertakan dengan rujukan dari jurnal-jurnal antarabangsa
Sangat berinformasi! Elok dibaca oleh semua golongan umur.
Ditulis oleh: Herbalis Bahrain, RH (AHG) Jururunding Nutrisi Holistik